MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, berkata dunia kini melalui detik berbahaya dan memberi amaran kepada Barat supaya tidak meningkatkan ketegangan dengan mengancam Kaliningrad, wilayah Russia di antara Poland dan Lithuania.
Putin berkata Russia tidak merancang menyerang mana-mana negara Eropah dan mahu hidup bersama secara aman, walaupun masih berperang di Ukraine.
Menurutnya, Russia terpaksa melancarkan perang di Ukraine bagi melindungi keselamatan negara itu.
Bagaimanapun, beliau mengulangi bahawa Moscow akan menggunakan semua senjata dalam simpanannya, termasuk senjata nuklear, jika wilayah paling barat Russia itu terancam.
"Jika berlaku serangan secara langsung terhadap Persekutuan Russia, dalam kes ini, kita merujuk kepada Kaliningrad dan mungkin wilayah lain juga, persoalan mengenai penggunaan semua senjata yang dimiliki negara kita sudah tentu akan segera menjadi perkara utama untuk dipertimbangkan.






