GEORGETOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa membatalkan lesen memandu serta-merta termasuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.Pegawai Pendidikan Kanan CAP, N V Subbarow berkata, hukuman lebih tegas termasuk penjara mandatori dan denda lebih tinggi perlu dikenakan bagi mencegah kesalahan berulang yang boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya.Menurutnya, larangan memandu seumur hidup wajar dipertimbangkan terhadap pesalah, khususnya mereka yang menyebabkan kecederaan parah atau kematian akibat memandu di bawah pengaruh bahan berkenaan."CAP sebelum ini berulang kali menggesa Kementerian Pengangkutan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan lebih tegas terhadap pemandu mabuk, selain menangani penyalahgunaan dadah ketika memandu."CAP menyokong supaya pemandu yang ditangkap memandu dalam keadaan mabuk dihalang secara kekal daripada memandu bagi mencegah kesalahan berulang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum ini, media melaporkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang menyebabkan kemalangan akan diwajibkan membayar pampasan kepada mangsa menerusi pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli dilaporkan berkata, langkah itu merupakan antara tiga inisiatif utama Belanjawan 2027 yang disambut baik Kementerian Pengangkutan dan JPJ bagi memperkukuh keselamatan jalan raya serta melindungi kebajikan rakyat.Subbarow berkata, perbuatan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah bukan sahaja membahayakan pemandu terbabit, malah mengancam keselamatan pejalan kaki dan pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah.Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa meningkatkan pemeriksaan melalui sekatan jalan raya secara berkala, selain menjalankan ujian alkohol dan dadah terhadap pemandu yang disyaki berada di bawah pengaruh bahan berkenaan."Tindakan tegas perlu diambil terhadap individu yang didapati melakukan kesalahan itu, termasuk membawa mereka ke balai polis untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang."Penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara konsisten tanpa pilih kasih bagi memastikan keselamatan jalan raya sentiasa terpelihara," ujarnya.
Batal serta-merta lesen pemandu mabuk, bawah pengaruh dadah - CAP

Key takeaways
CAP menyeru pihak berkuasa membatalkan lesen pemandu mabuk serta-merta dan mengenakan hukuman lebih berat.
- CAP menggesa hukuman lebih tegas termasuk penjara dan denda tinggi untuk pemandu mabuk.
- Larangan memandu seumur hidup wajar dipertimbangkan bagi pesalah yang menyebabkan kecederaan parah.
- Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 memerlukan pemandu mabuk membayar pampasan kepada mangsa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Program libat penceramah tular dihenti serta merta - Fadhlina
- Utusan Malaysia Aktiviti luar bilik darjah henti serta-merta jika IPU lebih 100
- Sinar Harian Batal serta-merta lesen pemandu mabuk, bawah pengaruh dadah - CAP (this story)








