Tampin: Seorang remaja lelaki menemui objek yang menyerupai bom di tepi Sungai Chemangkoh, Gemencheh, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, polis menerima laporan berhubung penemuan objek yang disyaki bom itu kira-kira jam 9 malam.
"Susulan laporan itu, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan mengesahkan terdapat sebutir objek dipercayai bom lama di lokasi berkenaan.
"Hasil pemeriksaan lanjut mengesahkan objek berkenaan adalah sebutir bom lama tidak meletup (UXO) jenis Mortar 60 mm berukuran kira-kira 30 sentimeter," katanya dalam kenyataan, hari ini.









