AYER KEROH: Parti Wawasan Negara (WAWASAN) tidak mungkin boleh bertanding solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebaliknya masih berunding dengan parti sekutu Perikatan Nasional (PN) bagi menentukan pembahagian kerusi.
Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata jumlah kerusi WAWASAN belum dimuktamadkan namun parti itu berhasrat mempertahankan kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.
Katanya, rundingan masih berlangsung dengan PAS, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).
"WAWASAN bersedia untuk bertanding, berapa kerusinya itu belumlah kita pastikan. Namun, tentulah kita berhasrat sekurang-kurangnya apa yang ada dipertahankan," katanya selepas merasmikan Sidang Meja Bulat Melaka Maju Strategi, Ekonomi dan Masa Depan di sini, hari ini.









