Jakarta: Indonesia dan Malaysia terus mengekalkan perhubungan diplomatik peringkat tinggi berhubung isu jerebu rentas sempadan akibat kebakaran hutan dan tanah, susulan perbualan telefon antara pemimpin kedua-dua negara di tengah-tengah kebimbangan mengenai pencemaran udara yang semakin buruk.

Menteri Luar Indonesia Arrmanatha Nasir berkata beliau telah menghubungi rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan, bagi menjelaskan usaha negara itu memadamkan kebakaran berkenaan.

"Kami telah mengatur gerak lebih 60,000 anggota. Keadaan ini sememangnya mencabar kerana cuaca ketika ini tidak memihak kepada kami, namun kami berharap keadaan akan bertambah baik berikutan hujan yang dijangka berlaku tidak lama lagi," katanya kepada pemberita.