Kuantan: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri itu akan beroperasi seperti biasa esok.
JPN Pahang dalam kenyataan hari ini, berkata sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa berdasarkan perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing.
"Dalam situasi jerebu ini, semua guru, murid, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dan warga sekolah digalakkan memakai pelitup muka demi keselamatan dan kesihatan bersama. Pastikan pelitup muka menutup hidung dan mulut dengan baik.
"Ibu bapa, penjaga dan warga sekolah disaran untuk sentiasa mengikuti pemakluman rasmi daripada pihak sekolah.









