KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima enggan membuat sebarang kesimpulan berhubung dakwaan seorang pelakon wanita yang pernah membintangi dua drama arahannya, Bidaah dan Walid, terbabit dalam ritual keagamaan bukan Islam yang mencetuskan perdebatan di media sosial.
Erma berkata, beliau belum mengetahui kesahihan dakwaan berkenaan, termasuk sama ada video yang tular sejak semalam benar-benar memaparkan kejadian sebenar atau dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Justeru, beliau memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan tanggapan negatif terhadap individu terbabit, apatah lagi perkara itu menyentuh soal akidah.
"Saya tidak berani bercakap lebih mengenai perkara ini kerana kita tidak mengetahui kesahihannya. Kita pun tidak tahu sama ada video itu dijana AI atau benar-benar berlaku.








