Kuala Lumpur: Beberapa keluarga di Pangsapuri Damai Perdana, Cheras di sini, mengambil keputusan berpindah dari kediaman masing-masing atas faktor keselamatan susulan kejadian tanah runtuh berhampiran kawasan berkenaan, bulan lalu.

Tinjauan mendapati penduduk mengambil kesempatan pada cuti hujung minggu untuk mengeluarkan barangan dari kediaman mereka sebagai persediaan untuk berpindah.

Pekerja swasta, Selamat Mat Zain, 48, berkata, dia membuat keputusan itu kerana bimbang terhadap keselamatan keluarganya dan berpendapat masih tiada jaminan keselamatan daripada pihak berwajib.

"Saya membuat keputusan berpindah kerana risau akan keselamatan keluarga. Walaupun sudah dibenarkan pulang, namun tiada jaminan keselamatan di sini.