KUALA LUMPUR: Beberapa keluarga di Pangsapuri Damai Perdana, Cheras, di sini, mengambil keputusan berpindah dari kediaman masing-masing atas faktor keselamatan susulan kejadian tanah runtuh berhampiran kawasan berkenaan bulan lalu.
Tinjauan mendapati penduduk mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk mengeluarkan barangan sebagai persediaan berpindah.
Pekerja swasta, Selamat Mat Zain, 48, berkata berpindah kerana bimbang keselamatan keluarganya susulan masih tiada jaminan keselamatan daripada pihak berwajib.
"Saya membuat keputusan berpindah kerana risau akan keselamatan keluarga. Walaupun sudah dibenarkan pulang, namun tiada jaminan keselamatan di sini.








