essabuyamin@bh.com.my
Kuala Lumpur: Penduduk Pangsapuri Damai Perdana 2, di sini, mendesak pihak pengurusan pangsapuri itu dan pihak berkuasa tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung tahap keselamatan kediaman mereka, susulan pengeluaran satu surat yang membenarkan mereka pulang bermula hari ini.
Dilema itu disuarakan berikutan kebimbangan utama warga pangsapuri berkenaan terhadap syarat yang didakwa meletakkan risiko keselamatan atas tanggungjawab sendiri, sekali gus mencetuskan keraguan untuk kembali ke rumah masing-masing selepas seminggu kejadian tanah runtuh dan pergerakan tanah.
Penduduk Blok D Pangsapuri Damai Perdana 2, Lina Ridzuan, 43, berkata, kebenaran untuk pulang itu dilihat tidak seiring dengan jaminan keselamatan yang konkrit serta fasiliti asas yang masih belum dipulihkan.






