Melaka: Selepas sehari terpaksa bercuti akibat jerebu, semua sekolah di negeri Melaka kembali beroperasi seperti biasa mulai esok.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka Mahfudzah Mohamed Noor, berkata, keputusan membuka semula semua institusi pendidikan dibuat susulan perkembangan terkini kualiti udara yang menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kembali pulih di negeri ini.

Menurutnya, keputusan berkenaan mengambil kira keadaan semasa selain memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga institusi pendidikan terus terpelihara.

"Semua pentadbir institusi pendidikan diminta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan pengoperasian berjalan lancar serta mematuhi arahan dan garis panduan semasa ditetapkan Kementerian Pendidikan dan pihak berkuasa berkaitan.