Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan supaya terus pantau tahap kesihatan anak-anak, dapatkan rawatan jika alami gejala berkaitan pencemaran udara. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Semua institusi pendidikan di Melaka akan beroperasi semula esok, tertakluk kepada pengesahan rasmi pihak berkuasa mengenai bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira perkembangan kualiti udara semasa serta keutamaan terhadap aspek keselamatan dan kesejahteraan murid, guru, dan warga sekolah.
"Pihak pentadbir institusi pendidikan diminta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kelancaran pengoperasian serta mematuhi arahan dan garis panduan semasa KPM dan pihak berkuasa berkaitan," katanya dalam kenyataan.







