Bekas menteri besar Negeri Sembilan dan Pengerusi PH negeri Aminuddin Harun berucap pada Konvensyen DAP Negeri Sembilan di Seremban hari ini. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Ketiadaan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Negeri Sembilan menjejaskan urusan pelaburan dan perniagaan yang memerlukan kelulusan kerajaan negeri, kata bekas menteri besar, Aminuddin Harun.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu berkata, kerajaan negeri tidak dapat berfungsi seperti biasa hampir dua bulan selepas mengambil alih pentadbiran, dengan keputusan penting berkaitan dasar serta kelulusan masih tertangguh.
"Bagaimana hendak melaksanakan tugas-tugas ini tanpa exco? Pelabur menanti, pengusaha menanti, penjual yang menjual rumah, yang menjual kedai, yang menjual apa lagi?








