Shaiful Hazizy Zainol Abidin minta Nur Jazlan Mohamed tidak campur dalam rundingan dengan mengeluarkan kenyataan boleh retak hubungan Umno dan PAS.PETALING JAYA: Umno Kedah mengingatkan Ahli Majlis Kerja Tertingginya (MKT) Nur Jazlan Mohamed supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan usaha kerjasama parti itu dengan PAS di negeri berkenaan.
Ketua Penerangannya Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata cadangan Nur Jazlan supaya PAS menyerahkan satu pertiga kerusi DUN di empat negeri ditadbirnya kepada Umno dikhuatiri boleh meretakkan hubungan kedua-dua parti yang sedang dirintis.
Menurutnya, Umno Kedah sudah mengadakan perbincangan awal dengan PAS dan setakat ini usaha berkenaan berjalan baik termasuk kunjungan kepada kepimpinan parti Islam itu pada 15 Sept lalu.







