KANGAR: Rundingan kerjasama politik antara PAS dan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kini berada di fasa akhir selepas ia mencapai tahap 90 peratus persefahaman.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hasil rundingan menerusi jawatankuasa perunding kedua-dua parti itu memperlihatkan perkembangan positif.
Beliau berkata, persefahaman politik yang dicapai itu berpegang kepada prinsip untuk tidak mengganggu kerusi penyandang pemenang, sebaliknya perbincangan tertumpu kepada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang belum dimenangi.
"Kita sudah ada perundingan bersama UMNO. Boleh dikatakan ia hampir 90 peratus selesai, cuma mandat jawatankuasa perunding ini perlu dibawa kepada parti masing-masing untuk pengesahan.






