Ipoh: Pengumuman sama ada sekolah di Perak akan dibuka semula Isnin hadapan susulan masalah jerebu hanya akan diketahui petang esok.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, keputusan itu bergantung sepenuhnya kepada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terbaharu yang diambil antara 2 hingga 3 petang esok.
"Sekiranya mana-mana daerah mencatatkan kualiti udara pada paras tidak sihat, tindakan penutupan sekolah akan segera dilaksanakan bagi mengelakkan risiko kesihatan kepada murid dan warga sekolah.
"Untuk sesi persekolahan Isnin nanti, bacaan IPU akan diambil pada hari Ahad. Jika IPU masih tidak sihat, sudah pasti proses penutupan sekolah akan dilaksanakan.








