MELAKA: Semua sekolah di Melaka kembali beroperasi seperti biasa mulai esok.
Pengarah Pendidikan negeri (JPN), Mahfudzah Mohamed Noor, berkata perkara itu diputuskan susulan kualiti udara kembali pulih.
"Semua pentadbir institusi pendidikan diminta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan pengoperasian berjalan lancar serta mematuhi arahan dan garis panduan semasa ditetapkan.
"Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan supaya sentiasa memantau tahap kesihatan anak serta mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala berkaitan pencemaran udara," katanya dalam kenyataan hari ini.









