SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mahu merampas kerusi Parlimen Tampin pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Pengerusi, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata kepemimpinan PH negeri perlu bekerja keras untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi Parlimen, selain mempertahankan Parlimen Port Dickson, Seremban dan Rasah.

"PRU16 mungkin Oktober atau November tahun hadapan. Kita kena pastikan kerusi Tampin yang pernah dimenangi dapat dirampas kembali.

"Ini maruah kita. Kita tak boleh bagi kemenangan percuma kepada mereka, dulu kita pernah cuba dan berjaya, jadi kenapa tidak hari ini.