KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan berpuas hati dengan prestasi keseluruhan yang dipamerkan Harimau Malaya dalam kempen Piala ASEAN Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2026.
Ab Ghani yang dipilih sebagai Presiden FAM pada 17 September lalu menganggap ia sebagai permulaan yang baik buat Harimau Malaya sambil berharap momentum positif itu dapat dipertingkatkan bagi menghadapi cabaran lebih besar selepas ini.
Walaupun hasrat untuk melihat Harimau Malaya melangkah ke final Piala ASEAN FIFA tidak kesampaian, namun beliau menganggap persembahan yang ditampilkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam kejohanan itu harus dibanggakan.
"Niat (ke final) itu rasanya sudah sampai, cuma rezeki belum ada. Apa pun kita bersyukur atas keputusan yang kita dapat dalam kejohanan itu dan saya berasa ia pencapaian yang baik.






