SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan parti itu tidak terbabit krisis adat dan politik yang sedang berlaku di Negeri Sembilan termasuk rancangan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata pihaknya tidak pernah terbabit dalam krisis atau kemungkinan usul undi tidak percaya terhadap MB.

"Saya lihat pergolakan yang sedang berlaku ini tiada kesudahan kerana ia membabitkan isu yang rumit, membabitkan pelbagai aspek termasuk Yang di-Pertuan Besar dan sebagainya.

"Ini di luar daripada tugas kita. DAP kekal fokus kepada kerja kita iaitu khidmat bakti kepada rakyat," katanya selepas Konvensyen Tahunan Kali Ke-24 DAP Negeri Sembilan, hari ini.