Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) perlu memperkasa usaha memperjelaskan situasi sebenar berhubung polemik kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, sebelum sesi penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tindakan itu perlu dibuat secara menyeluruh bagi mengatasi sebarang salah faham dilemparkan terhadap BN ekoran proklamasi menurunkan Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir.
Beliau yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan berkata, tempoh sama juga boleh digunakan untuk memberi penerangan berhubung sebarang isu berbangkit lain, sebelum BN memasuki gelanggang pilihan raya.
"Kena terangkan, beri tahu rakyat mengenai pihak yang mahu membuat pemecatan Tuanku Mukhriz ini sebenarnya bukan UMNO. Kena terangkan baik-baik.









