KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) perlu memberi fokus kepada usaha memperjelaskan situasi sebenar berhubung polemik kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, sebelum sesi penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tindakan itu penting bagi mengatasi sebarang salah faham yang dilemparkan terhadap BN ekoran proklamasi menurunkan Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir.
Beliau yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan berkata, tempoh tiga minggu sebelum penamaan calon juga perlu digunakan untuk menyelesaikan segala isu berbangkit sebelum bermulanya PRN
“Kena terangkan, beri tahu rakyat mengenai pihak yang mahu membuat pemecat








