Kuala Lumpur: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 keseluruhan selepas bermula di petak ke-26 atau paling belakang pada Grand Prix (GP) Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, hari ini.
Dalam perlumbaan itu, Hakim Danish tetap menunjukkan semangat juang tinggi apabila berjaya memotong seorang demi seorang pelumba lain sehingga berada di kedudukan ke-10 pada satu ketika.
Namun, beberapa pusingan terakhir menyaksikan dia sedikit sukar bertahan dan pelumba lain berjaya mengambil kesempatan untuk memintasnya.
Hakim Danish ketinggalan 26.059 saat di belakang pelumba Maximo Quiles dari CFMOTO Gaviota Aspar Team yang menjadi pelumba pertama melepasi garisan penamat.








