Kuala Lumpur: Luluh hati wanita ini apabila selepas tiga dekad terpisah, dia akhirnya dapat bertemu semula dengan bapa kandungnya dalam keadaan lelaki itu sedang bertarung nyawa di hospital.
Pertemuan dinantikan Risya Atiqah Roslan itu bagaimanapun hanya berlangsung dalam tempoh 48 jam sebelum bapanya menghembuskan nafas terakhir, 6 Oktober lalu.
Lebih terkilan, wanita itu tidak menyangka bapa dicarinya selama ini rupa-rupanya berada di Klang, Selangor, kira-kira 30 kilometer dari tempat tinggalnya di USJ, Subang Jaya.
Risya Atiqah, 33, berkata, detik pertemuan yang dinantikan sejak kecil itu berlangsung di Hospital Klang, 4 Oktober lalu, dalam keadaan bapanya, Roslan Mabee, 59, tidak sedarkan diri selepas ditidurkan akibat jangkitan kuman pada paru-paru.








