KUALA LUMPUR: KYZEN, peneraju global penyelesaian pembersihan ketepatan untuk industri elektronik dan pembuatan maju, terus memperkukuh pelaburannya di Malaysia menerusi pembukaan fasiliti baharu di Pulau Pinang selepas lebih 16 tahun beroperasi di negeri itu.

Pembukaan fasiliti itu mencerminkan komitmen jangka panjang syarikat terhadap Malaysia, selain meningkatkan kapasiti operasi dan keupayaan pengeluaran bagi memenuhi permintaan pelanggan dalam sektor elektronik dan pembuatan maju di Malaysia serta rantau Asia Pasifik.

Fasiliti baharu itu turut meningkatkan kapasiti tenaga kerja KYZEN, di samping memperkukuh keupayaan pengeluaran, penghantaran produk dan sokongan teknikal syarikat.

Ia dilengkapi teknologi pembuatan maju serta amalan operasi yang lebih mampan bagi menyokong keperluan industri semikonduktor, elektronik, automotif, peranti perubatan dan pembuatan industri.