BOMBA FC melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara Piala Emas Raja-Raja (PERR) edisi ke-104 buat kali pertama selepas menewaskan Negeri Sembilan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Arena Universiti Malaya (UM), Sabtu.Kejayaan itu hadir selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 120 minit permainan sebelum Bomba FC lebih tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk menjulang trofi pertandingan bola sepak tertua di Malaysia itu.Lebih manis, kejayaan berkenaan turut mengubati kekecewaan Bomba FC yang terpaksa berpuas hati sebagai naib juara pada edisi 2024 selepas tewas 1-2 kepada MySPRM-ACeIO.Pengendali pasukan Bomba FC, Mazerul Mohd Mohayudin berkata, kejayaan itu hasil kerja keras pemainnya sepanjang kejohanan."Pemain berikan sepenuhnya dalam kejohanan ini, malah di final juga pemain beri lebih 100 peratus. Walaupun kami terpaksa main 10 orang, tapi komitmen semuanya akhirnya membuahkan hasil," katanya.Dalam aksi itu, Bomba FC terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti Muhammad Nor Hakimi Hasbullah pada babak pertama untuk meletakkan pasukannya di depan 1-0.Bagaimanapun, Negeri Sembilan yang memburu kejuaraan pertama sejak 2015 tidak mengalah apabila bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Muhammad Amirul Farhan pada babak kedua.Bomba FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pengadil melayangkan kad merah kepada pemain Bomba FC, namun Negeri Sembilan gagal mengambil kesempatan itu sehingga tamat masa permainan sebenar, sekali gus memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.Bagaimanapun, tiada jaringan tambahan dihasilkan dalam tempoh 30 minit itu sebelum pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.Penjaga gol Bomba FC, Muhammad Firdaus Mohd Kamal muncul wira apabila menepis dua sepakan lawan untuk mencatat kemenangan 4-2 sekali gus mencipta sejarah apabila buat pertama kali membawa pulang trofi kejuaraan PERR.Dalam perkembangan sama, pemain Negeri Sembilan, Muhammad Amirul Farhan dipilih sebagai Pemain Terbaik PERR 2026.Sebagai juara, Bomba FC membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 berserta piala pusingan dan pingat, manakala Negeri Sembilan menerima RM20,000 sebagai naib juara.
Bomba FC cipta sejarah, julang PERR buat kali pertama

Key takeaways
Bomba FC mencipta sejarah dengan menjuarai PERR edisi ke-104 untuk pertama kali setelah menewaskan Negeri Sembilan 4-2 menerusi sepakan penalti.
- Bomba FC menjuarai PERR buat kali pertama setelah menewaskan Negeri Sembilan 4-2 menerusi sepakan penalti.
- Kejayaan ini mengubati kekecewaan Bomba FC yang sebelumnya menjadi naib juara pada 2024.
- Pemain Bomba FC bermain dengan komitmen tinggi walaupun terpaksa bermain dengan 10 orang selepas kad merah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Negeri Sembilan, Bomba FC buru mahkota PERR 2026
- Malaysiakini (BM) 12 tahun kalah, Malaysia cipta sejarah tumbangkan Vietnam
- Berita Harian Bomba FC juara PERR buat kali pertama
- Sinar Harian Bomba FC cipta sejarah, julang PERR buat kali pertama (this story)
- Harian Metro Bomba FC juara PERR buat kali pertama







