SHAH ALAM - Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah, 37, menafikan dakwaan bahawa dia dan suami saling mengenali sebelum ketika Siti Sarah Raissuddin masih hidup.Menerusi perkongsian di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, turut menyangkal dakwaan suara lelaki di dalam sebuah video lama memaparkan dirinya bermain golf, tujuh tahun lalu, adalah Shuib.Menurutnya, dia juga mengambil tempoh dua hari untuk berfikir dan memohon petunjuk daripada ALLAH SWT sebelum memutuskan untuk mempertahankan diri."Saya dan suami tidak pernah mengenali antara satu sama lain sejak arwah (Siti Sarah) masih hidup."Suami saya juga tidak pernah mengenali Eddy Kana walaupun sebelum itu mereka pernah dikaitkan dengan masalah yang sama," jelasnya.Dalam perkongsian sama, Watie turut menafikan dakwaan dibuat oleh ahli perniagaan, Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai Datuk Addy Kana, berhubung hubungannya dengan Shuib.Menurutnya, dia sendiri pernah bertanya kepada Eddy Kana sama ada individu itu mengenali Shuib secara peribadi selepas dirinya mula mengenali suaminya."Selepas saya mengenali suami yang bukan dari sesiapa, saya sendiri pernah bertanya kepada Eddy Kana sama ada dia mengenali suami saya secara peribadi."Dan dari mulutnya sendiri, dia (Eddy Kana) mengatakan tidak pernah mengenali dan ada apa-apa hubungan bisnes dengam suami saya," katanya.Watie berkata, tindakannya membuat penjelasan bukan mahu memberi gambaran bahawa dirinya sebagai individu yang baik atau suci, sebaliknya berharap segala spekulasi terhadap hubungan mereka dapat dihentikan."Dan bukan bermakna ALLAH jauhkan saya dari teman lama kerana mereka tidak baik buat saya, tetapi mungkin pilihan untuk saya meninggalkan dunia hiburan demi 'sebuah rumah tangga' itu menjadi asbab untuk saham saya di akhirat," katanya.
Watie nafi dakwaan kenal Shuib ketika Siti Sarah masih hidup

Key takeaways
Watie Hanifiah menafikan dakwaan mengenali Shuib ketika Siti Sarah masih hidup dan menyangkal kaitannya dengan Eddy Kana.
- Watie menafikan kisah hubungannya dengan Shuib semasa Siti Sarah masih hidup.
- Dia juga menyangkal dakwaan mengenai kaitannya dengan Eddy Kana.
- Watie mengambil masa dua hari untuk berfikir sebelum mempertahankan diri.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Menteri nafi dakwaan Irene Sofiya diseret dari surau ke dewan sekolah
- Harian Metro FIA nafi dakwaan perisian unit kuasa tidak diuji
- Sinar Harian Watie nafi dakwaan kenal Shuib ketika Siti Sarah masih hidup (this story)








