Kuala Lumpur: Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah, 37, menafikan dakwaan bahawa dirinya dan Shuib, 42, saling mengenali sebelum pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Menerusi hantaran di Intagram (IG), Watie berkata, dia jarang berkata-kata, tetapi dapat berasakan sudah tiba masanya untuk bersuara.

Menurutnya, dia juga mengambil tempoh dua hari untuk berfikir dan memohon petunjuk daripada Allah SWT sebelum memutuskan untuk mempertahankan diri.

Katanya, tindakan itu bukanlah demi kepentingan diri sendiri, sebaliknya lebih kepada melindungi anak-anaknya serta menjaga nama baik arwah Siti Sarah.