PETALING JAYA – Didakwa menjalin hubungan sulit dengan pelawak Shuib ketika Allahyarham Siti Sarah Raissuddin masih hidup, Watie Hanafiah menyangkal tuduhan berkenaan selain mempertahankan diri dengan mendedahkan perkara sebenar berserta bukti.
Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, berkata, selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga, dia berasakan sudah tiba masanya untuk bersuara bagi membersihkan namanya daripada pelbagai tohmahan, terutama apabila perkara itu turut melibatkan anak-anak.
“Jarang saya bersuara, tetapi kini sudah tiba masanya. Islam tidak menghalalkan cara, namun selepas dua hari berfikir dan meminta petunjuk, akhirnya saya terpaksa mengambil keputusan untuk bersuara.








