KOTA TINGGI – Pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) tidak boleh terus tertangguh hanya kerana desakan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu kelewatan projek berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled berkata, isu salah guna kuasa berkaitan projek itu sudah dibawa ke mahkamah.

Justeru, katanya, siasatan dan desakan penubuhan RCI tidak sepatutnya menjadi alasan untuk melengahkan pembinaan kapal berkenaan.

“Kalau kita masih ingat, bukankah bekas Panglima Tentera Laut yang menjadi Pengerusi Boustead Naval Shipyard sudah dihadapkan ke mahkamah?