Menurut pakar, penubuhan jawatankuasa perolehan yang melibatkan pelbagai cabang perkhidmatan dan kementerian bagi memantau pembelian aset pertahanan, dapat memastikan keputusan tidak dibuat oleh seorang individu sahaja. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Projek kapal tempur pesisir (LCS) yang kontroversi masih akan menyediakan aset penting dan relevan kepada tentera laut meskipun penyerahan kapal berulang kali tertangguh, kata penganalisis pertahanan.
Walaupun ada pihak berpendapat kapal berkenaan mungkin sudah ketinggalan zaman ketika diserahkan, penganalisis pertahanan Lam Choong Wah dan Salawati Mat Basir menegaskan bahawa LCS masih mampu meningkatkan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan ketara.








