Pengerusi PN dan Ahli Parlimen Kemaman Ahmad Samsuri Mokhtar menggesa pemantauan lebih ketat terhadap pembayaran hutang serta peruntukan RM50.2 bilion bagi pelaburan berkaitan kerajaan dan perkongsian awam-swasta. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kejayaan Belanjawan 2027 perlu dinilai berdasarkan sejauh mana ia mampu meningkatkan pendapatan rakyat, menyediakan pekerjaan berkualiti dan meringankan kos sara hidup, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar.
Jelasnya, belanjawan berjumlah RM459.8 bilion itu memperlihatkan komitmen perbelanjaan besar, tetapi kenaikan caj perkhidmatan hutang menuntut kecekapan perbelanjaan perlu terus diperkukuhkan.
Daripada RM459.8 bilion yang diperuntukkan itu, sebanyak RM376.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM83 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.







