JAKARTA – Polis di Bali berjaya membongkar kegiatan perdagangan haram spesies ikan pari terbang atau mobula ray yang dilindungi dalam satu serbuan ke atas sebuah perkampungan, lapor agensi berita ANTARA.

“Kami merampas 11 ekor pari mobula sebagai bahan bukti daripada seorang individu yang dikenali sebagai M di Kampung Pengambengan,” kata Ketua Unit Marin dan Udara Polis Jembrana, Inspektor I Gede Ketut Suasnawa kelmarin.

Polis menahan M ketika dia sedang lalu di Dusun Munduk semasa serbuan dijalankan baru-baru ini.

Pemeriksaan ke atas kereta sorong yang ditarik oleh motosikal milik M membawa kepada penemuan 11 ekor ikan pari mobula yang telah dipotong.