KUALA KUBU BHARU – Pasukan Kosmo! berjaya meraih tempat kelima dalam Pertandingan Explorace Hulu Selangor: Eco Discovery 2026 yang menghimpunkan 30 pasukan di Dataran Warisan, di sini semalam.
Pertandingan anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan kerjasama Excapt Event itu diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Perbandaran Ke-5 MPHS bagi mempromosikan pelancongan, warisan dan kelestarian alam sekitar di daerah berkenaan.
Program tersebut bukan sahaja menguji ketangkasan dan semangat berpasukan peserta menyelesaikan setiap cabaran, malah memberi peluang kepada mereka meneroka keunikan sejarah serta identiti Kuala Kubu Bharu.
Yang Dipertua MPHS, Julaihah Jamaludin berkata, sambutan menggalakkan terhadap pertandingan itu membuktikan minat orang ramai untuk meneroka keistimewaan Hulu Selangor.









