SUNGAI BULOH – Pelakon Aedy Ashraf menafikan dakwaan dia kini menjalin hubungan cinta dengan aktres Azira Shafinaz meskipun keakraban mereka menjadi bahan perbualan ramai dalam media sosial baru-baru ini.
Menurut Aedy atau nama penuhnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, hubungan mereka tidak lebih daripada sahabat baik dan kemesraan dipamerkan hanyalah disebabkan tuntutan watak dalam filem Tarung: Unforgiven.
“Kita memang bercinta tetapi dalam filem Tarung sahaja. Realitinya tidak, kami hanyalah kawan baik yang sangat rapat.
“Saya rasa lakonan Azira yang sangat mantap dalam filem tersebut betul-betul memberikan impak kepada penonton sehingga ada yang merasakan kami berdua bercinta.









