Kuala Lumpur: Pelakon Aedy Ashraf menafikan desas-desus yang mendakwa dirinya kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz.
Aedy atau nama sebenar Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, berkata keakraban mereka hanya atas dasar kawan rapat dan tuntutan profesionalisme sewaktu menjayakan filem lakonan bersama, Tarung: Unforgiven.
"Kami memang 'bercinta' tapi dalam filem Tarung sahaja. Realitinya tidak, kami hanyalah kawan baik yang sangat rapat.
"Saya rasa lakonan Azira yang sangat mantap dalam filem itu betul-betul memberikan impak kepada penonton sampai ada yang rasa kami berdua ini bercinta.









