London: Seorang lelaki yang diserang harimau pada Sabtu selepas memasuki kandang haiwan di sebuah taman hidupan liar di United Kingdom (UK) meninggal dunia, menurut polis.

Polis South Yorkshire di utara England berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 1.30 tengah hari (12.30 tengah hari GMT) mengenai seorang lelaki yang memasuki kandang harimau di Yorkshire Wildlife Park, berhampiran bandar Doncaster.

"Harimau itu kemudian menyerang lelaki berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan parah," menurut kenyataan polis.

"Pasukan kecemasan tiba di lokasi, namun lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian meskipun petugas perubatan telah berusaha sedaya upaya menyelamatkannya," menurut kenyataan itu.