KUALA LUMPUR: Kenaikan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM3.30 sekilogram yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2027 dilihat dapat membantu menampung sebahagian kos pengeluaran dan memberikan sokongan tambahan kepada pendapatan pekebun kecil.
Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) Adzmi Hassan, berkata ini terutama ketika mereka berdepan dengan ketidaktentuan harga pasaran serta peningkatan kos input pertanian ketika ini.
"Kenaikan kadar IPG tersebut sebagai langkah positif yang mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap kebajikan pekebun kecil getah, khususnya dalam menghadapi peningkatan kos pada masa ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.








