Kuala Lumpur: Urusan pelantikan Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang baharu masih belum selesai apabila Datuk Ab Ghani Hassan terus mengendalikan badan itu bagi memastikan perjalanan Liga Malaysia (Liga-M) tidak terjejas.

Menurut Ab Ghani yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu, sememangnya terdapat perkembangan baharu di peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL namun pengumuman hanya akan dibuat apabila mereka bersedia untuk mendedahkan individu yang bakal mengisi jawatan berkenaan.

Menurutnya, beliau masih perlu menjalankan tugas bagi memastikan urusan kejohanan, kehadiran serta operasi harian dan bulanan MFL berjalan lancar sepanjang tempoh peralihan kepimpinan itu.

"Ada perkembangan di peringkat Ahli Lembaga Pengarah dan mereka akan maklumkan sekiranya sudah bersedia untuk mengumumkan siapa Presiden MFL.