KLANG: Mitraland Group melancarkan secara rasmi Bayou Quartz, pembangunan kediaman bertanah terbaharunya di Kota Bayuemas, dengan Fasa 1A mencatatkan kadar pengambilan 90 peratus ketika pelancaran awal.

Pembangunan seluas kira-kira 52 ekar di atas tanah pegangan bebas itu adalah projek terbaharu dalam siri Quartz yang menawarkan kediaman tepi tasik, dengan penekanan kepada persekitaran hijau dan kemudahan untuk kehidupan keluarga.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mitraland, Chris Chen, berkata Bayou Quartz menandakan kesinambungan siri Quartz menerusi kediaman yang menggabungkan ruang hijau, kemudahan gaya hidup dan reka bentuk praktikal untuk memenuhi keperluan keluarga.

"Dengan ruang hijau yang luas, kemudahan gaya hidup khusus dan kediaman bertanah yang dirancang dengan teliti, pembangunan ini direka untuk memberikan keluarga lebih ruang untuk menjalani kehidupan, berhubung dan berkembang.