Erie, Pennsylvania: Seorang lelaki berusia 45 tahun menembak mati lapan orang, termasuk seorang wanita hamil dan dua kanak-kanak, di Erie, Pennsylvania.

Dalam sidang media bagi mendedahkan butiran kejadian tembakan pada malam sebelumnya, Ketua Polis Erie, Rick Lorah berkata, lelaki yang belum dikenal pasti itu meninggal dunia akibat kecederaan dipercayai dilakukan sendiri sebelum anggota polis tiba di lokasi.

"Ada kejadian yang akan terus menghantui anda lama selepas meninggalkan tempat itu. Ini salah satu kejadian tragis berkenaan," katanya.

Polis masih belum mengenal pasti motif kejadian, kata Lorah.