Serangan semalaman oleh Rusia dan Ukraine mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang, termasuk tiga kanak-kanak, manakala lebih 20 yang lain cedera, kata pegawai pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.

Di Ukraine, serangan Rusia ke atas Bandar Zaporizhzhia di tenggara negara itu mengorbankan 17 orang, termasuk tiga kanak-kanak, menurut Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine menerusi aplikasi Telegram.

Pengerusi Bersama Majlis Pertahanan Wilayah Zaporizhzhia, Ivan Fedorov berkata 16 orang cedera dalam serangan Rusia di Zaporizhzhia, sambil menambah bahawa usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan dan nasib enam lagi mangsa masih belum diketahui.

Di Rusia, serangan dron Ukraine ke atas Wilayah Rostov di selatan negara itu mencederakan enam orang, kata Gabenor Wilayah Yury Slyusar.