KOTA KINABALU: Insentif potongan cukai khas bagi penyumbang makanan dan peralatan bawah Inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB) yang diumumkan dalam Belanjawan 2027, akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata insentif terbabit bertujuan menggalakkan penyertaan lebih meluas daripada sektor korporat, pertubuhan sukarela dan rakan strategik lain dalam usaha membantu golongan memerlukan.

Beliau berkata, ia susulan penerimaan syor Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) oleh Perdana Menteri serta Kementerian Kewangan (MoF).

"Insentif cukai ini sejajar agenda memperkukuh ekosistem pelaksanaan 'Food Bank' melalui penyelarasan bersepadu yang membuka ruang seluas-luasnya kepada pembabitan pelbagai pihak.