Petaling Jaya: UMNO Negeri Sembilan menafikan mempunyai perancangan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Jalaluddin Alias berkata, dakwaan bahawa beliau akan mengemukakan usul berkenaan juga adalah tidak benar.
"Dakwaan kita mahu buat undi tidak percaya kepada Menteri Besar adalah tidak benar," katanya.
Penafian itu susulan laporan media yang memetik sumber mendakwa UMNO Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan usul terbabit dengan keputusan bergantung kepada kelulusan kepemimpinan pusat parti.









