Panama City: Panama mengisytiharkan keadaan darurat pada Sabtu bagi menyelaraskan usaha bantuan dan membantu komuniti yang terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada Jumaat, lapor Xinhua.

Menteri Kepresidenan Juan Carlos Orillac pada sidang media di istana presiden berkata pengisytiharan itu akan memastikan agensi kerajaan sentiasa bersiap siaga dan mempunyai sumber yang diperlukan untuk membantu penduduk terjejas.

Orillac berkata Presiden Jose Raul Mulino telah mengarahkan penubuhan sebuah jawatankuasa bagi menyelaraskan operasi bantuan, mengurus sumber serta menangani keperluan komuniti yang terjejas.

Beliau berkata kerajaan turut menubuhkan pusat pengumpulan sumbangan, termasuk di Omar Park di Panama City, manakala pejabat kerajaan wilayah akan dijadikan pusat pengumpulan tambahan.