KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terkorban dalam insiden serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh, Arab Saudi, semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra memaklumkan, pihaknya bersama Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh bagaimanapun sedang berhubung dengan beberapa rakyat Malaysia yang dalam perjalanan dan terkandas untuk memberi bantuan konsular.

"Rakyat Malaysia yang menetap, sedang dalam perjalanan melalui atau merancang untuk melakukan perjalanan ke Arab Saudi, amat digesa supaya sentiasa berwaspada.

"Ini kerana gangguan penerbangan masih berterusan. Mereka yang mempunyai rancangan perjalanan dalam masa terdekat dinasihatkan supaya mengesahkan status penerbangan masing-masing secara langsung dengan syarikat penerbangan sebelum ke lapangan terbang.