Kuala Lumpur: "Allah akan makbulkan impian kita, cuma cepat atau lambat sahaja," luah pelakon, Zila Bakarin selepas impiannya untuk bertemu Ratu Rock, Ella Aminuddin akhirnya menjadi kenyataan.

Zila, 51, berkongsi rasa teruja dan terharu itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Threads, hari ini susulan peluang yang diberikan kepadanya pada acara pembukaan butik milik Ella di Shah Alam, semalam.

Menurut Zila, detik berkenaan amat bermakna dalam hidupnya kerana perlu menunggu sehingga usia separuh abad sebelum dapat bersua muka serta berduet dengan idola kesayangannya.

"Satu perkara yang saya belajar daripada cerita semalam, Allah akan makbulkan impian kita, cuma cepat atau lambat sahaja.