KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 dilihat memenuhi keperluan pelbagai kumpulan masyarakat menerusi inisiatif yang merangkumi golongan muda, warga emas, pekerja gig dan juga keluarga.

Penasihat Utama Pusat Penyelidikan Pasifik Malaysia, Dr Oh Ei Sun, berkata pendekatan belanjawan itu dilihat menyeluruh kerana cuba memastikan pelbagai lapisan masyarakat mendapat sebahagian manfaat daripada peruntukan kerajaan.

Walaupun beliau turut menyifatkan Belanjawan 2027 sebagai 'belanjawan pilihan raya', ia sesuatu yang positif kerana pelbagai kumpulan masyarakat menerima manfaat menerusi langkah yang berbeza.

"Belanjawan 2027 boleh disifatkan sebagai 'belanjawan pilihan raya' apabila cuba memastikan pelbagai kumpulan masyarakat menerima manfaat menerusi peruntukan yang diumumkan.