KUALA LUMPUR: Peruntukan RM8 bilion bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merentas kementerian menerusi Belanjawan 2027 diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah satu langkah yang amat progresif.
Pensyarah Kejuruteraan Mekatronik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM, Prof Madya Dr Yasir Mohd Mustafah, berkata peruntukan itu, menggabungkan pembangunan kemahiran dengan manfaat sosial secara terus khususnya kepada anak-anak tahfiz dan anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tamat perkhidmatan, dalam usaha merancakkan industri TVET dan pertumbuhan ekonomi negara.
Perhatian kepada kedua-dua golongan itu juga berpotensi memperluas kebolehpasaran tenaga kerja dan meningkatkan mobiliti sosial, sekiranya mampu menggunakan peluang digunakan sebaik mungkin, selepas tamat menghadiri latihan atau kursus dihadiri.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F06%2F8bdc0d92e75a29764e28cbb2a10fdb8c.png&w=480&output=webp&q=85&we)