WASHINGTON: Sekurang-kurang empat maut di Amerika Syarikat (AS) akibat Taufan Isaias, menurut pengesahan pihak berkuasa, semalam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut perangkaan rasmi dari Florida dan Alabama, ratusan ribu penduduk terputus bekalan elektrik akibat bencana itu.
Di Florida saja, sebanyak 430,000 isi rumah terjejas, kata Gabenornya, Ron DeSantis.
DeSantis berkata, seorang terkorban di Florida selepas sebatang pokok tumbang menghempap bumbung rumah mangsa.








